Jadilah Baik Dan Sopan. Dunia Internet Ibarat Kejiranan Yang Kecil Sahaja.

Sikap baik dan hormat-menghormati akan membawa banyak kebaikan.

Apabila kita berada di atas talian internet, kita adalah sebahagian daripada komuniti yang luas di seluruh dunia. Dunia dirasakan kecil, seolah-olah satu kejiranan sahaja.

Kita akan sangat mudah dipengaruhi oleh kemarahan dan kebiadapan apabila tiada orang di hadapan kita.

Kita semua mungkin sedar bahawa kemarahan boleh melukakan, dan ia boleh merebak menjadi kemarahan yang lebih besar.

Oleh itu, adalah bagus untuk menjaga fikiran dan sikap kita.

Loading...

Tidak ada yang salah dengan sesebuah konflik, tetapi kita akan jauh lebih produktif bila kita menjaga sikap.

Dilain masa, apabila anda berdepan dengan kemarahan dalam internet, cuba fikirkan dalam konteks sebuah kejiranan kecil dan cubalah bersikap baik.

Tarik Nafas, dan Bertenang Buat Sementara Waktu

Apabila anda terlihat sesuatu yang anda tidak suka dan terasa seperti meluahkan pendapat anda..

… pertama sekali adalah tarik nafas dan pertimbangkan kembali apa anda ingin lakukan.

Dunia boleh menunggu beberapa saat untuk mendengar apa yang anda fikir, dan anda mungkin akan menyedari “berat” mesej yang ingin dilontarkan kepada orang lain.

Artikel ini bukanlah berkenaan membetulkan sesiapa pun.

Saya akui selalu rasa bersalah bila menjadi seorang yang biadap dengan pandangan yang disampaikan dari masa ke semasa.

Saya pernah menyesal kerana ini.

Dan kebanyakkan orang lain juga pernah.

Saya rasa semua orang setuju bahawa kita tidak perlukan lagi negativiti dalam dunia ini.

Maka pilih betul-betul pandangan yang ingin disampaikan.

Ambillah nafas, bina pendapat anda, dan tunggu sebentar sebelum anda meluahkan pemikiran anda ke dalam dunia.

They reflect on you and they matter to others.

Pastikan ia betul-betul apa yang anda mahu sampaikan.

Jika tiada apa yang penting, maka lebih baik diam sahaja.

Loading...

Jangan bercakap melainkan jika ia benar-benar berbaloi sahaja untuk diluahkan.

Semoga bermanfaat. sila like & share!

like juga page kami di facebook @tvdakwahmy 🙂

loading...